Sunday, February 13, 2011

She is the most lucky woman !

Cinta adalah suatu yang indah dan unik anugerah dari Ilahi . Kita diberi peluang untuk menilainya dan pergunakanlah peluang yang diberi dengan sebaik-baiknya untuk melahirkan satu larian cinta yang indah . seindah waktu ia dicipta . Cinta itu aneh . Sukar untuk ditafsirkan . Datangnya bukan dari paksaan , perginya pula tanpa kerelaan . Cinta itu penuh mesra dengan kasih sayang . Ianya perlu dibelai dengan kelembutan bagi menyerikan lagi keindahannya . Kekasaran boleh mencipta sebuah perpisahan .


Manusia kadangkala lupa , cinta adalah syarat berlangsungnya kehidupan perkahwinan . Malah , tanpa cinta , perkahwinan itu akan mati , ibarat rumah kosong tanpa penghuni . Mungkin benar tatkala kita kehilangan barulah kita menyedari . Mungkin benar saat kita terluka barulah kita mengerti . Mungkin benar bila kita rasakan rindu yang sangat dalam barulah kita tahu seberapa besar makna dan erti seseorang pada kita .


Cinta , jika kita memilikinya kita tidak memerlukan sesuatu pun yang lain . Dan jika kita tidak memilikinya , apa pun yang lain yang kita milik tidak banyak bererti . Jika kita kehilangan cinta , pasti ada alasan disebaliknya . Alasan yang kadang-kadang sukar untuk dimengertikan . Namun percayalah bahawa ketika Dia mengambil sesuatu , telah Dia persiapkan sesuatu yang lebih baik untuk diberikan .


Cinta antara dua jiwa telah dikatakan boleh membakar semangat seseorang itu untuk memeliharakan akhlak yang mulia , memperbaiki pergaulan antara manusia dan menjaga adab dan keperibadiaan . Selain daripada itu , ia juga dipercayai dapat menghilangkan kekhuatiran dan ketakutan dalam hati , menjernihkan akal dan menyucikan jiwa kita . Tetapi cinta juga merupakan ujian , godaan dan cubaan kepada manusia kerana ia merupakan pertarungan dan pertimbangan akal dan rasa .


Andai kata cinta itu sebuah pengorbanan , mengapa pengorbanan itu bukan noktah sebuah cinta ? Andai kata derita itu harga sebuah cinta , mengapa cinta itu semakin sukar untuk dimiliki ? Cinta umpama kotak kristal indah dipenglihatn , derita diperasaan .

No comments:

Post a Comment

Note: Only a member of this blog may post a comment.